Our Practices

Amalan Korporat dan Komersial

Nasihat Perundangan yang Efektif untuk kecemerlangan Perniagaan

Dengan cabaran baru yang timbul dan kesempatan-kesempatan unik yang muncul dalam dunia perniagaan dinamik hari ini, Nanyang Law LLC menyediakan penyelesaian perundangan untuk perniagaan yang cemerlang. Amalan Korporat dan Komersial kami memiliki kemahiran yang ekstensif dalam perniagaan yang majmuk dan urusan-urusan korporat, menyediakan nasihat perundangan yang professional dan yang focus secara wirawasta.

Pelanggan kami termasuk pertubuhan-pertubuhan tempatan, serantau dan internasional, yang meluas merangkumi satu spektrum terdiri daripada industri-industri, seperti perkilangan, teknologi tinggi, media, perbankan, komputer, penjagaan kesihatan, pendidikan, gaya hidup, perumahan, pembinaan, keselamatan dan insurans. Khususnya, kami telah membina satu reputasi yang berjaya dalam membangunkan struktur urusniaga perniagaan yang majmuk yang berkaitan dengan perniagaan minyak dan gas.

Nanyang Law LLC telah menguruskan kegiatan-kegiatan komersial dan korporat kepada berbagai jenis pelanggan, termasuk individu, perniagaan baru yang berisiko, organisasi pemerintah, syarikat berbilang negara, syarikat-syarikat awam yang tersenarai, institusi pengajian tinggi, lembaga-lembaga berkanun, firma-firma modal teroka dan institusi kewangan.

Dari menyediakan sebuah perniagaan baru di Singapura, hinggalah kepada pengendalian syarikat yang majmuk dan urus niaga komersial, usaha niaga perkongsian, penggabungan dan pemerolehan dan pembiayaan syarikat, Nanyang Law LLC menawarkan perkhidmatan korporat dan komersial bagi membantu pertubuhan mencapai kecemerlangan perniagaan.

Perkhidmatan komersial dan komprehensif syarikat kami adalah di bawah 3 bidang  utama:

Penggunaan pengetahuan dan perhatian professional yang efektif kepada setiap individu pelanggan ialah pokok kekuatan kami. Kejayaan pelanggan korporat kami adalah kejayaan kami.

Untuk maklumat selanjutnya, harap hubungi ditalian corporate@nanyanglaw.com