Para kakitangan hartanah kami telah menceburkan diri dalam kesemua aspek undang-undang hartanah dan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan hartanah. Kami mewakili pelanggan-pelanggan dalam pelbagai perjanjian perdagangan hartanah. Para peguam kami juga mempunyai pengalaman yang luas dalam mewakili para pembeli, pihak bank, para pelabur, ahli korporat dan persatuan kebajikan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan hartanah termasuk menangani hal yang rumit dan innovatif dalam perjanjian perdagangan serta memberi penilaian yang tinggi bagi hartanah yang melibatkan harta-harta perumahan, harta-harta industri dan hal perdagangan yang berkaitan dengan harta swasta dan pengguna produk perbankan. Matlamat utama kami ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, bermutu tinggi serta praktikal, termasuk menawarkan nasihat perundangan bagi perancangan dan isu-isu peraturan dalam harta-harta kediaman, komersil dan industri.
Kami menyediakan barisan perkhidmatan guaman yang lengkap termasuk perundingan dan persediaan dokumentasi yang merangkumi bahagian-bahagian perjanjian secara berikut:-
- Perjanjian jual beli;
- Ketangguhan / Penyewaan;
- Gadaian / Cagaran;
- Penawaran dan perlelongan;
- Penstrukturan semula pinjaman;
- Pengesahan, surat wasiat dan pentadbiran
Kami bekerjasama dengan bahagian praktik yang lain di pejabat kami bagi menyediakan perkhidmatan tambahan untuk hal-hal sampingan kepada para pelanggan kami. Kami turut mewakili para individu dalam penjualan, pembelian, penggadaian, pembiayaan semula dan pemajakan harta kediaman swasta.
Para kakitangan hartanah dan pengurusan pemindahan hak milik tanah kami disokong dengan padu oleh para peguam kami yang mahir dalam undang-undang hartanah. Kami berusaha dengan gigih dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami. Dengan berbekalkan prasarana teknologi maklumat yang canggih, kami berkebolehan dalam menyediakan maklumat yang terkini dan maklumbalas yang tepat untuk keperluan pelanggan-pelanggan kami di pasaran yang semakin pesat.